18 May 2008

Cahaya Bukan Api

Seperti biasa melaluinya
aku kenal erti cabaran
mekar dan kehidupan
tak kugentar gugatan apapun
datang di pintu rumah
kerana taman ini wangi
akar akal yang cekal
memilih kebenaran sabar

kutahu akar cahaya itu
dari kesuburan kebenaran
jernih rinduku menegakkan
tiang takwa
jernih awasku menentukan hala
siratulmustaqim
jangan papah perjalanan ini
dalam khianat dan iri hati
jangan beri cahaya kebatulan
membantu fikrah tak berarah

jika ada pilihan kupilih juga
liku yakin dan percaya ada peribadi
membangunkan zarah-zarah mahmudah
berbaju sabar dan berpandangan ketenangan
cahaya ini bukan api
membakar jambatan sambil tebing
semakin berjurang
ku semakin melangkah berani
untuk menakluk kemenangan.

Kota Kinabalu,
20 Oktober 2003.