18 May 2008

Namaku

Memanggil aku sesuatu berakarkan cahaya
memancarkan warna sinar
menyuluh kalbu
namaku mengenali diri
membuka akal
melerai sesal
melontar jauh haru
dari jendelakalbu

memberi aku sesuatu
cahaya berakar di kalbu
dengarku tulikan kata pilu
rasa bersisa agung di mata ibu
sasa di mata ayah
karib di mata saudara
akrab di mata kekasih
namaku adalah diri
lafaz dan tingkah
berhemah dan berperibadi

mengajar aku sesuatu
kalbu mencahayakan akarnya
relalah namaku hanya satu
mesra dilafazkan
syahdu mengilhamkan
mensaljukan api
berakar antara cahaya
aku redha apapun namaku
disebut semesranya
dihina sekejinya
didakap sempurna jua
kerana Tuhan lebih Tahu!

namaku di lidah Tuhan
Maha Sucimu aku lafazkan
Maha Akbarmu aku agungkan
Maha Kasihmu aku lestarikan
Maha Karibmu aku akrabkan

namaku.

Kota Kinabalu,
28 Julai 2002.