18 May 2008

Api Sapi

Tak mungkin mengerti
ketika api sapi
mencari merah warna

merah mawar
meski berduri
api sapi tak peduli

mahu megah di padang
walau tak lagi dipandang
api sapi mahu juga menerjang

api sapi dah kelu
dikunci suara
meski masih ada citarasa

walaupun hampa
api sapi
menunggu dibawa ke zoo

ditonton seribu jenaka
tahu iklim rahsianya
fahami liku majnunnya...


Kota Kinabalu, Sabah.
26 Mac 2002.