18 May 2008

Apa yang Tuan Akan Katakan

Kami tahu apa yang tuan akan katakan
di dalam fikiranmu tak ada selain perasaan
burammu memandang jalan-jalan yang dilalui
pedomannya pada kenderaan akal yang lain
bukan kenderaan akalmu

itu kata hatimu yuang kau sampaikan
kerana begitu kami tidak ingin mendengar apa-apa
curiga menenggelamkan ungkapan yakin
jika kau fikir kebenaranmu ada di antara fikiran ini
cuba jadilah kami dan berada di sisi kami

apa yang tuan akan katakana ada dalam fikiran kami
jangan isi kekosongan ini dengan kecurigaan
entah di mana punca titiknya
tuan pulanglah antara riuh diam!

Kota Kinabalu,
29 Disember 2002.