18 May 2008

Sukma yang Kembali

- kepada yang pulang

suara rindu yang terkasima
memandang tiada
selain meneroka faham
keajaiban dan keagungan
iaitu waktu kupu-kupu jernih
melintasi jendela

akrab semakin satu
lagi melebur dibawa jauh
sambil doa, syauq, mahabbah
dan mawaddah
melambai dari pintu
yang fana

Kota Kinabalu,
16 April 2003.