20 May 2008

Mangsa

Hari ini, sekali lagi editor minda dihulur berita.
Mangsa dipercepat matinya, di mata pisau
atau ledak peluru, membuak kulit dan isi tubuh

Wadah khabar seperti ini menjerebu di dalam
media-media dan menghimpit meja editorial fikirku,
menjelajah jauh, sesekali singgah memunggah bobrok
akal mengalih segala amaran Tuhan, mencengkam
mengejar mangsa, rebah, dimamah nafsu serakah

Kemewahan ini, apakah merdeka?
Di hadapannya kematian dan getar cemas.
Di hadapannya mangsa. Tak ada gerak bebas
menikmat udara dan damai negeri.


Kota Kinabalu
15 Ogos 1997