20 May 2008

Segaris Senyum

Gambaran tentang keindahan yang
berakar pada cermin fikirku ialah tentang segaris
senyum. Senyum yang dilukis di sela-sela bibir
laksana cermin yang mengambil gambar wajah
dalamanmu: mesra, ceria mahupun menghargai.

Semua akan melukiskan semula wajahmu itu tanda ucap
kasih dan mesra dengan segaris senyum yang hampir
serupa. Di dalam, tiada siapa yang akan mencerminkan
rupa sebenar: adakah basah atau bahang api
berbaja, ketika sepi dan daun-daun sudah kehilangan
embunnya?

Mungkin apa yang digambarkan tentang segaris
senyum bukanlah senyum yang merekah di sela-sela
bibir, sebenar…

Kota Kinabalu
17 Ogos 1997