18 May 2008

Memilih Saling Memiliki

Kutetap memilih sutera kunjungan yang santun sinar nur bulan biru saujana laut akar cahaya yang qiam dalam akal makhfi kuujanakan mawar akal kalbu yang menghuni mahabbah dalam carimu

kutetap memilih lunak bahasa rahsia lembut nur bulan mengartistik angkasa merenung gelombang yang mensaujana akrab memperibadi jalar akar cahaya diam membentang hala taman-taman berteduh meriwayat hayat cariku

kupilih bukan sunyi semata bunyi bulan bukan semata nur cahaya qasidah bukan semata puisi laut bukan semata gelora qiam bukan semata rahsia kata bukan semata makna

memilih kerana meriwayati kembang nur bulan gelombang gelora laut di sisi peribadi saling memiliki

Kota Kinabalu, 17 Mac 2003.