18 May 2008

Mencari Duniamu, Iris

Mencari duniamu, Iris rupanya ada di mana-mana kerana bumi kita pijak bersama dan langit kita dongak searah suaramu kudengar dari dalam huruf-huruf yang menyatu di dahi, di hati yang merangkul kehidupan mencabar kuingin membaca suara duniamu, Iris waktu berbatas kita saling berbalas rahsia percakapan yang kelu di lidah yang bernafas di kepala.


IPS, Kota Kinabalu,

28 Februari 2003.