18 May 2008

Pilihan Rakyat

Akhirnya duduklah di atas kerusi pilihan rakyat
dengan megah dan rasa puas kerana menjadi pilihan rakyat
bolehlah menyusun bahasa apa saja kerana dia pilihan rakyat
merasa benarlah hanya dia, kerana rakyat percaya dialah pilihan rakyat

menjadi wakil kepada rakyatnya bermakna menyedia agenda lima tahunan
mengenang kembali janji-janji sekumpal azam dulu sekadar bayangan
setelah menjadi di sisinya keazaman menjelaskan keupayaan
kelmarin rakyat memberi kini dia harus membalas kasih

kerusi bukan di dalam rumah
kerusi harus di halaman rumah
duduk bersama rakyat jelata
bukan yang dihormati payah didekati.

Kota Kinabalu,
24 Mac 2004.